Friday, September 23, 2011

Teruskan Jua

Assalamualaikum w.b.t

salam perjuangan kepada semua sahabat ku. moga diberkati selalu. tiada apa yang hendak diluahkan cuma sedikit keinsafan dihati ini dimana tatkala turun nya Penciptamu ALLAH s.w.t di atmosfera bumi untuk mendengar doa-doa hamba-Nya. di manakah kita ketika itu??

adakah kita semua masih lagi hanyut dilayani mimpi yang sementara dan khayalan semata-mata.sedarkah kita?? adakah kita mengatahui di mana 1/3 malam adalah masa yang  terbaik untuk kita memperolehi oksigen yang segar lagi menyegarkan dari bumi ini. selepas waktu itu kita hanya menghirup lebihan-lebihan yang kurang menyegarkan tidak sama dengan waktu sebelumnya itu.

tetapi kerana luntuhnya iman  kita, gegarnya iman kite, goyahnya iman kita. kita tidak mampu untuk melakukan semua itu..
wahai anak Adam.. adakah kamu kuat dengan adanya pistol di tangan mu??, adakah kamu kuat dengan adanya senjata di tangan mu?? adakah kamu kuat dengan memperolehi badan yang besar gagah lagi perkasa. pada zahir nya iya! tetapi pada batin nya kamu tidak kuat sekiranya tidak mampu untuk bagun 1/3 malam dan melakukan ibadah.

org yang kuat adalah orang yang mampu bangun pada ketika itu. jadi jangan lah kita ego, riak dan takbur dengan kekuatan yang hanya dari lahiriah itu.. sesungguh nya manusia itu ada kelebihan dan kekurangan nya. walaupun begitu kita seharusnya mengatahui yang mana hendak diteruskan dan yang mana hendak diperbetulkan agar ianya menjadi pengajaran di masa yang akan datang.. wallahualam'

MOGA MEMPEROLEH HIDAYAH-NYA

Thursday, September 22, 2011

menerajui impianku

Assalamualaikum w.b.t

salam ukhwah, salam perpaduan dan salam fisabilillah.. Alhamdulillah, pagi yang indah dengan nyanyian burung di pagi subuh untuk mengejutkan insan di muka bumi ini.. 

tanpa kita sedari haiwan-haiwan juga berzikir kepada penciptanya.. dengan segala nikmat yang diperolehi seharusya kita menjadi lebih baik daripada mereka. sekiranya hendak dibandingkan nikmat yang diberi dengan bayaran ke atas nya.. pasti sampai hari kiamat kelak pun pasti kita tidak akan mampu membayar nya..

oleh itu bersyukurlah atas nikmat dan kurnianya.. sekiranya susah menimpa, renungkan kembali betapa banyak kah kesyukuran yang telah kita panjatkan kepada-Nya?? sekiranya senang diperolehi, jangan lah sesekali alpha dengan apa yang diberikan-Nya.. jadilah hamba yang bersyukur dengan apa yang dikurnikan-Nya..

sambil menunggu azan subuh berkumandang  dapat ku luahkan isi hati yang terpendam. Indah nye kehidupan ini jiga kita berpaksikan kepada suruhan dan meniggalkan larangan.. tetapi aku manusia.
manusia manakah yang tidak lari dari melakukan kesilapan?? aku manusia biasa yang hanya menanti saat di pertikaikan kepertanggujawaban ku kelak.. sesungguh nya ALLAH itu Maha Besar, Maha Mengatahui hati hamba nya. mudah-mudahan ku digolongkan di kalangan orang-orang yang beroleh kejayaan di hari kelak.. sesungguh nya apa yang telah kutempuhi selama ini pasti ada hikmah nya.. sesungguhnya C.I.N.T.A ku hanya padaMu ya ALLAH.


 wallahualam.. <3



                        

Wednesday, September 21, 2011

Abadikan Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa lama aku menjadi pungguk, baru harini ini ( lama dah kot bukan hari ini, cume hari ini je nak bagi tahu) aku rasa kan yang semua itu adalah kenangan. walau ape pun yang berlaku ku tahu ALLAH s.w.t pasti membantu-ku..


jadi, biarlah masa yang menelan segalanya. sebab tiada apa yang hendak dimanfaatkan lagi sekiranya tiada kata-kata yang mampu menjentik teguhnya hati ku ini.. ( adoi ini ayat sape ni?)..  bukan x sudi tapi belum masa nya untuk memikirkan nya. masih banyak lagi waktu walaupun ade yang berjaya menmicit hati ini.. tapi.. masih lagi ragu-ragu akan kesohehan nya..


walau bagaimanapun.. HATI ini adalah milik NYA.. Moga di jaga hati ini sebaiknya agar jatuh kepada yang betul-betul pemilik hati ini.

sebagai seorang hamba Nya, seharusnya kita mementingkan perkara yang kita harus lakukan dahulu daripada hal-hal seperti ini..

manusia mampu berubah. walaupun sebelum ini dimonopoli degan dosa yang dilakukan x bermakna ianya akan berlarutan sehingga akhirnya. jadi jagalah hati agar ia tidak tercemar. kerana sekali hati hitam dan kotor maka tiada guna nya dibedah dan diberus.. tiada gunanya lagi..  moga ALLAH memberikan petunjuk kepada ku. ku serahkan segalanya kepada Mu yaALLAH.. kerana pemilik hati yang sebenar nya adalah ALLAH yang maha mengatahui.. moga ALLAH melihat dan menerima doaku walau sedikit.. terimalah doa hamba mu seperti mana diterimanya doa hamba-hamba yang soleh..aminn..


moga ALLAH merahmatiku