Wednesday, September 21, 2011

Abadikan Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa lama aku menjadi pungguk, baru harini ini ( lama dah kot bukan hari ini, cume hari ini je nak bagi tahu) aku rasa kan yang semua itu adalah kenangan. walau ape pun yang berlaku ku tahu ALLAH s.w.t pasti membantu-ku..


jadi, biarlah masa yang menelan segalanya. sebab tiada apa yang hendak dimanfaatkan lagi sekiranya tiada kata-kata yang mampu menjentik teguhnya hati ku ini.. ( adoi ini ayat sape ni?)..  bukan x sudi tapi belum masa nya untuk memikirkan nya. masih banyak lagi waktu walaupun ade yang berjaya menmicit hati ini.. tapi.. masih lagi ragu-ragu akan kesohehan nya..


walau bagaimanapun.. HATI ini adalah milik NYA.. Moga di jaga hati ini sebaiknya agar jatuh kepada yang betul-betul pemilik hati ini.

sebagai seorang hamba Nya, seharusnya kita mementingkan perkara yang kita harus lakukan dahulu daripada hal-hal seperti ini..

manusia mampu berubah. walaupun sebelum ini dimonopoli degan dosa yang dilakukan x bermakna ianya akan berlarutan sehingga akhirnya. jadi jagalah hati agar ia tidak tercemar. kerana sekali hati hitam dan kotor maka tiada guna nya dibedah dan diberus.. tiada gunanya lagi..  moga ALLAH memberikan petunjuk kepada ku. ku serahkan segalanya kepada Mu yaALLAH.. kerana pemilik hati yang sebenar nya adalah ALLAH yang maha mengatahui.. moga ALLAH melihat dan menerima doaku walau sedikit.. terimalah doa hamba mu seperti mana diterimanya doa hamba-hamba yang soleh..aminn..


moga ALLAH merahmatiku




No comments:

Post a Comment